Asas Pengaturcaraan

Atur cara komputer ialah-
urutan arahan berkod dalam perkakasan elektrik.

Arahan berkod terkandung dalam komputer benam dalam perkakasan elektrik.



Komputer benam ini memproses data supaya perkakasan elektrik dapat menjalankan sendiri fungsinya.

Pengaturcaraan ialah-
set arahan yang mengarahkan komputer untuk melakukan sesuatu fungsi.

Contoh 1:
Cara memasak nasi tanpa bantuan perkakasan elektrik ialah dengan menyalakan api kemudian memasak nasi dalam periuk dan memerhatikan masakan supaya tidak hangus.

Cara memasak nasi menggunakan perkakasan elektrik, iaitu periuk nasi, di mana apabila hendak memasak nasi, kita hanya perlu tekan fungsi memasak. Periuk juga tidak perlu diperhatikan sama ada hangus ataupun tidak.

Contoh 2:
Cara berkipas tanpa bantuan perkakas elektronik ialah mengipaskan kipas dengan menggunakan tangan.

Jika kita menggunakan kipas elektrik, kita hanya perlu tekan kelajuan yang diingini pada alat kawalan jauh kipas, tidak perlu berkipas sendiri.

Dua contoh di atas menunjukkan kegunaan pengaturcaan komputer dalam perkakasan elektrik.

Bolehkah murid-murid beri contoh lain?

Comments

Popular Posts