Menulis Pseudokod dan Carta Alir Mengikut Situasi

Bagaimanakah caranya menulis pseudokod dan membina carta alir?
Kaji contoh situasi ini terlebih dahulu.
"Arif bangun pada pukul 5:30 pagi. Dia membersihkan dirinya dengan mandi dan menggosok gigi. Selepas itu, dia memakai baju sekolah dan menunaikan solat subuh secara berjemaah. Arif bersarapan bersama keluarganya, kemudian pergi ke sekolah dengan menaiki basikal pada pukul 7:00 pagi."

Berikut ialah kaedah menulis pseudokod:
(1) Tuliskan MULA

(2) Kenal pasti kata kerja.
- bangun
- bersihkan
- pakai
- solat
- sarapan
- pergi

(3) Bina arahan yang pendek.

(4) Tuliskan TAMAT

Bagaimanakah caranya membina carta alir daripada pseudokod?

Gunakan arahan pendek dalam pseudokod.

Gunakan bentuk-bentuk berikut:

Kenal pasti simbol geometri di atas dalam carta alir aktiviti Arif pada waktu pagi sebelum pergi ke sekolah.

Comments

Popular Posts